Pasukan SAR kesan buaya berhampiran lokasi lelaki hilang di Maludam

Spread the love

KUCHING, 20 Julai : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemuda yang dikhuatiri hilang ketika keluar memancing semalam menemui petunjuk baharu apabila kasut dan jorannya ditemui di hulu Sungai Meludam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pasukan SAR turut mengesan ‘kehadiran’ seekor buaya tidak jauh dari tempat peralatan memancing mangsa ditemui.

“Kami juga telah memaklumkan perkara tesebut kepada Jabatan Perhilitan Sibu untuk mendapatkan bantuan,” jelas PGO menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Baca > > > Lelaki hilang ketika keluar memancing di Sungai Maludam

Mangsa, Abang Mohd. Norazat Abang Salim disedari hilang oleh keluarganya apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing semalam.

Difahamkan mangsa yang berusia 27 tahun berjalan ke pantai berhampiran hulu Sungai Meludam untuk menangkap ikan.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.