Murid TADIKA cedera jatuh dalam salur kumbahan

Spread the love

LAHAD DATU, 20 Julai : Seorang murid TADIKA cedera selepas terjatuh ke dalam salur pembentungan sedalam lima meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahad Datu 4, di sini pagi tadi.

Mangsa Mohd. [email protected] Amin yang berusia lima tahun turut muntah setelah berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.26 pagi.

Menurutnya, tujuh anggota bersama jentera dikerah ke lokasi kejadian yang terletak enam kilometer (km) dari balai untuk operasi menyelamat.

“Selepas dinaikkan, mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Operasi tamat pada pukul 9.42 pagi.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.