Lelaki hilang ketika keluar memancing di Sungai Maludam

Spread the love

KUCHING, 20 Julai : Seorang lelaki dikhuatiri hilang ketika keluar memancing di Sungai Maludam semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Sri Aman pada pukul 7.25 pagi tadi memaklumkan mengenai kejadian.

“Sehubungan itu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat,”jelas PGO menerusi kenyataan media hari ini.

Kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Abang Mohd. Norazat Abang Salim,disedari ahli keluarganya apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing semalam.

Difahamkan Abang Mohd. Norazat, 27, berjalan ke pantai berhampiran hulu Sungai Meludam untuk menangkap ikan.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.