Wakil rakyat cadang wujudkan Kampung Budaya Mini Dayak di Sibu

Spread the love

SIBU,19 Julai : Seorang wakil rakyat mencadangkan supaya sebuah Kampung Budaya Mini Dayak diwujudkan di sini sebagai satu tarikan pelancongan baharu di daerah ini yang memaparkan budaya dan cara hidup masyarakat Dayak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang berkata badan-badan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum Dayak di sini boleh bersama-sama menyumbangkan idea dan sumber mereka dalam mengukuhkan lagi cadangan ini untuk pertimbangan kerajaan Sarawak.

“Kampung budaya mini ini nanti akan mempamerkan kebudayaan suku kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu untuk tatapan masyarakat lain dan seterusnya boleh dijadikan sebagai produk pelancongan di sini,” katanya semasa berucap pada Malam Dayak sempena Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) di sini malam tadi.

Beliau berkata kampung budaya mini ini juga dapat membantu kerajaan Sarawak menarik lebih banyak lagi syarikat-syarikat penerbangan untuk membuat penerbangan antarabangsa terus ke bandar Sibu, sekali gus meningkatkan jumlah kedatangan pelancong. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.