Tiada mangsa terlibat insiden jambatan runtuh di Simunjan

Spread the love

KUCHING, 19 Julai : Polis mengesahkan tiada mangsa terlibat dalam insiden jambatan runtuh di sebuah ladang di Simunjan petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Simunjan, Asisten Superintendan (ASP) Honchin Ludu berkata, ini kerana jambatan berkenaan sudah tidak digunakan lagi dan ditutup sepenuhnya pada 9 Jun lepas.

Katanya, jambatan itu dimiliki oleh sebuah syarikat ladang kelapa sawit yang beralamat di Jalan Gedong.

“Pemilik mengesan jambatan mengalami kerosakan pada struktur tiang dan tidak selamat digunakan sejak awal tahun ini,”katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Beliau berkata, jambatan itu runtuh pada pukul 2.50 petang semalam membabitkan bahagian tengah strukturnya.

Video dan gambar kejadian itu turut tular di media sosial. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.