Tapak pangkalan udara JBPM di Kuching dikenal pasti

Spread the love

KUCHING, 19 Julai : Tapak bagi pangkalan udara baharu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kuching di sini, telah dikenal pasti.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata pangkalan udara di Kuching itu bakal menggantikan pangkalan udara sedia ada di Miri.

Tambahnya JBPM juga di dalam proses untuk membuka satu lagi pangkalan udara di Kota Kinabalu, Sabah.

“Untuk pangkalan di Kota Kinabalu, kami kini dalam proses untuk kenal pasti tapak dan dalam perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah.

“Buat masa ini JBPM mempunyai tiga Pangkalan Udara iaitu di Miri, Pulau Pinang dan Subang,” katanya selepas menghadiri Majlis Perbarisan Pentauliahan Sijil Sains Kebombaan di sini, hari ini.

Seramai 108 pelatih telah berjaya menamatkan latihan mereka pada hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata pihak kerajaan juga terbuka dengan cadangan untuk menambah lagi pangkalan udara JBPM terutamanya di kawasan yang jauh dari pangkalan sedia ada.

“Kami juga akan melihat keperluan di zon lain seperti di kawasan pantai timur (Semenanjung) yang belum ada (pangkalan udara), ini kami boleh pertimbangkan.

“Bukan saja dari segi pangkalan udara sahaja, kami juga komited untuk memperbaiki dan menambah peralatan JBPM dan sebagainya,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.