Remaja 13 tahun ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak – kanak lelaki

Spread the love

SUNGAI PETANI, 19 Julai : Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di dalam sebuah kereta di Gurun di sini kelmarin.

Pelajar tingkatan satu tersebut ditahan selepas polis menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati suspek mengajak mangsa menaiki kereta jenis Perodua Kancil untuk ke kedai kira-kira pukul 4.30 petang.

Katanya, ketika di dalam kereta tersebut, suspek yang mengenali mangsa menyuruh budak lelaki berkenaan membuka seluar dan melakukan perbuatan tidak senonoh.

“Oleh kerana enggan berbuat demikian, mangsa ditampar dan dipukul sebelum dia dibawa ke rumah suspek serta diacukan pisau dan mencekik lehernya.

“Mangsa kemudiannya lari dan meminta tolong daripada seorang lelaki untuk membawanya pulang ke rumah di kawasan taman perumahan sama,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kata Zaidy lagi, mangsa telah dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut, manakala pemeriksaan menemui kesan lebam di pipi kanan, calar di dada kiri serta kesan luka di atas badan sebelah kanan dan lutut kanan mangsa.

“Suspek pula telah direman selama empat hari bagi siasatan lanjut mengukut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Selsual Terhadap Kanak-kanak dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.