Kemalangan lumba haram, mangsa kelima meninggal

Spread the love

GEORGE TOWN, 19 Julai : Seorang lagi penunggang yang terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan sekumpulan ‘mat motor’ di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini Ahad lalu meninggal dunia hari ini.

Mangsa, Mohd. Haziq Harris, 34, menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di zon merah Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas tiga hari bertarung nyawa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP), Soffian Santong berkata, lelaki yang beralamat di Bayan Lepas itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

“Ini menjadikan jumlah mangsa yang meninggal dunia ekoran nahas tersebut adalah seramai lima orang.

Baca di sini > > > Seorang lagi meninggal dunia, polis sahkan kemalangan berpunca lumba haram

“Seorang mangsa berusia 19 tahun yang cedera telah dibenarkan pulang ke rumah dan seorang lagi berusia 22 tahun masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, empat penunggang dilaporkan terkorban, manakala tiga yang lain cedera selepas terbabit kemalangan dipercayai ketika acara lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini kira-kira pukul 4 pagi pagi Ahad lalu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.