Gelanggang tenis di Mukah akan ditambah

Spread the love

MUKAH, 20 Julai : Kerajaan negeri dalam perancangan untuk menyediakan kemudahan gelanggang tenis baharu di bahagian ini dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, kemudahan itu kelak akan dapat merancakkan pembangunan sukan berkenaan di kawasan ini.

“Saya berasa bangga kerana persatuan tenis di sini aktif menganjurkan banyak pertandingan.

Datuk Gerald Rentap Jabu dan Royston Valentine merakamkan foto bersama-sama pemain dalam Pertandingan Tennis Berpasukan Piasa D&S Empire Mukah 2022 baru-baru ini.

“Ini merupakan kali kedua saya hadir ke gelanggang tenis di Mukah,” katanya ketika berucap merasmikan Pertandingan Tenis Berpasukan Piala D&S Empire Mukah 2022 baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine dan Presiden Persatuan Tenis Bahagian Mukah, Ismandi Junaidi.

Pertandingan itu disertai oleh 10 pasukan dari Mukah, Sibu dan Sarikei.

Sementara itu, Gerald Rentap turut bersetuju memberikan peruntukan sebanyak RM10 000 kepada persatuan tenis berkenaan untuk membaik pulih gelanggang.

Beliau turut berharap program pembangunan tenis Mukah akan diteruskan dengan lebih aktif bagi melahirkan pemain tenis muda yang berpotensi untuk mewakili negeri. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.