D&S Bundle A juara pertandingan tenis berpasukan Piala D&S Empire Mukah

Spread the love

MUKAH, 20 Julai : Pasukan D&S Bundle A menjuarai Pertandingan Tenis Berpasukan Piala D&S Empire Mukah 2022 yang berlangsung baru – baru ini.

Pasukan yang disertai oleh Mazlan, Alex Ferguson, Syahmi dan Heyri berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan pingat.

Naib juara pula disandang SDLTA Sibu manakala D&S Bundle B dan Persatuan Tenis Bahagian Mukah (PTBM) B masing – masing menamatkan cabaran di tempat ketiga.

Timbalan Presiden PTBM, Anthony Aloysius Akup berkata, matlamat utama pertandingan adalah untuk meningkatkan kualiti permainan tenis di kalangan ahli dan mengeratkan silaturahim sesama pemain.

“Sebanyak 10 pasukan telah menyertai pertandingan iaitu enam dari Mukah, dua pasukan mewakili D&S Empire, satu pasukan dari Sibu dan satu pasukan dari Sarikei,”katanya.

Anthony berkata, pihaknya turut teruja kerana pertandingan itu mendapat sokongan Kerajaan Sarawak apabila aksi final dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Belia ,Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

Pertandingan berlangsung di gelanggang tenis PTBM bermula 15 hingga 17 Julai 2022 lalu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.