Wanita rugi RM3 ribu diperdaya scammer menyamar jiran di WeChat

Spread the love

SIBU, 18, Julai : Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya sekiranya menerima mesej menerusi aplikasi WeChat daripada ‘kawan’ yang ingin meminjam wang.

Terbaharu, seorang wanita di sini kerugian RM3,000 selepas dihubungi ‘jiran’ menerusi aplikasi berkenaan yang meminta pertolongannya.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, mangsa yang percaya telah meminta anaknya untuk membuat pindahan wang kepada jiran secara dalam talian.

“Wanita itu kemudian menghubungi jirannya namun terkejut apabila diberitahu tidak pernah menghantar mesej berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zulkipli berkata, anak mangsa kemudian membuat laporan polis setelah menyedari menjadi mangsa penipuan.

Sehubungan itu, Zulkipli mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada sekiranya menerima pesanan sedemikian.

Katanya, orang ramai boleh menyemak kegiatan scammer yang semakin aktif ini dengan menghubungi talian 03-26101559 atau 03-26101599 serta memuat naik aplikasi semak mule di http://semakmule.rmp.gov.my atau melayari Facebook Cyber Crime Alert. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.