Time Zone lebar sayap ke Sarawak

Spread the love

KUCHING, 18 Julai : Pengedar jam tangan pelbagai jenama, Time Zone, kini melebarkan sayapnya ke Sarawak dengan pembukaan cawangan pertama nya di Vivacity Megamall, Kuching.

Menurut Pengurus Pemasaran Time Zone, May Yan, pelbagai jenama jam tangan dan aksesori lain boleh didapati di cawangan mereka yang terbaru ini.

“Time Zone ada banyak jenama di sini. Kita ada jam tangan Ice, jenama jam tangan berwarna-warni, dan kita juga ada jenama Komono dari Belgium, jenama fesyen, dan kami ada William L dari Perancis, instrumen teknik dan Sweden, dan juga jenama Corniche dari Sweden.

“Jam tangan jenama “Ice” contoh nya yang terkenal dengan talinya yang diperbuat daripada silikon, merupakan salah satu item yang paling laris di sini. Apabila dipakaikan pada kulit, ia sangat halus dan ia nya juga tahan lasak” katanya.

Time Zone menawarkan pelbagai gaya dan pilihan jam tangan dengan harga yang bermula daripada RM299 hingga RM1,000 ke atas, bergantung kepada jenis jam tangan dan aksesori.

“Selain itu kita juga ada kacamata hitam berjenama Komono yang juga jenama fesyen yang melibatkan sebuah akademi seni fesyen diraja di Antwerp, di mana semua pelajar setiap tahun akan menghasilkan banyak edisi terhad dan yang ini hanya terdapat di Time Zone Vivacity Megamall,” ujarnya.

Beliau juga menambah bahawa mereka menyasarkan golongan muda dan profesional untuk mengunjungi cawangan mereka di Vivacity Megamall itu.

Time Zone merupakan salah satu daripada syarikat yang bernaung di bawah Kumpulan Habib dan telah ditubuhkan pada 1992.

Bermula dengan hanya mengeluarkan jam jenama Habib yang di buat di Hong Kong dan China untuk pasaran tempatan, mereka kini merupakan antara pemain utama di dalam industri jam tangan di Malaysia. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.