Empat maut dalam kes tembakan rambang terbaharu di AS

Spread the love

WASHINGTON, 18 Julai : Empat disahkan terkorban dalam kejadian tembakan rambang terbaharu di sebuah medan selera, pusat membeli belah berhampiran Indianapolis, Amerika Syarikat, semalam.

Reuters melaporkan, kesemua yang maut itu termasuk penyerang yang ditembak oleh seorang lelaki kata polis.

Tragedi berdarah itu ‘bermula’ apabila suspek yang tidak didedahkan identitinya itu masuk ke Pusat Beli – belah Greenwood dengan membawa senapang dan terus melepaskan tembakan di ruang berkenaan.

Ketua Polis Greenwood Parl, Jim Ison berkata, dua lagi turut cedera dalam kejadian yang berlaku pada lewat petang itu.

Ison berkata, ‘serangan’ itu berjaya dihentikan seorang ‘wira’ yang mempunyai lesen sah membawa senjata dan ‘bertindak’ segera untuk menghentikan perbuatan suspek.

‘Wira’ itu didedahkan sebagai seorang lelaki berusia 22 tahun.

Ketika tembakan dilepaskan, pengunjung dan pekerja premis lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Kejadian terbaharu itu berlaku di tengah – tengah kebimbangan rakyat negara berkenaan mengenai kes tembakan yang kerap berlaku di sekolah, tempat kerja dan kawasan awam.

Pada Mei lepas, 19 maut selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di sebuah sekolah rendah di Texas. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.