Abang Johari dilantik sebagai penaung Kelab Golf Sarawak

Spread the love

KUCHING,18 Julai: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilantik sebagai penaung Kelab Golf Sarawak (KGS) berkuatkuasa 27 Jun lalu.

Pengerusi Kelab Golf Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani mengumumkan perkara tersebut ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak bersama Jawatankuasa Pengurusan KGS di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Ujar beliau, pelantikan tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh jawatankuasa KGS pada mesyuarat bulan lepas.

“Beliau dilantik sebagai penaung KGS seperti yang telah diluluskan dalam perlembagaan KGS dan selepas ini, beliau dapat menyumbang kepada pembangunan KGS sebagai penaung.

“Sementara itu, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion pula akan memikul tanggungjawab sebagai Presiden KGS yang baharu menggantikan Abang Johari,” ujarnya.

Katanya lagi, pemilihan Abang Johari dibuat berdasarkan kapasiti beliau sebagai ketua kerajaan yang dilihat mampu memperkasakan KGS dan membawa KGS ke peringkat yang lebih tinggi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.