61 pemain tenis dari 18 negara berentap di ITF Kuching Ogos ini

Spread the love

KUCHING, 18 Julai : Seramai 61 pemain tenis antarabangsa dari 18 buah negara bakal berentap pada Kejohanan Tenis Jelajah Dunia ITF di Kuching yang akan bermula pada 1 hingga 7 Ogos depan.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM67,000 dijangka berlangsung sengit kerana turut memberi mata ranking ITF yang akan mempengaruhi kedudukan ranking dunia pemain terlibat.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran pertandingan itu bakal memberikan pendedahan berharga buat pemain tenis muda negara.

“Mereka bertanding atas tiket wild card namun pemain muda berpeluang untuk bersaing dengan pemain-pemain profesional dari pelbagai negara,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

Malaysia bakal menampilkan pemain tenis nombor satu negara, Muhammad Aiman Hamdan yang akan turut berentap menerusi tiket wild card.

Selain Muhammad Aiman yang berada di rangking ke- 1,011 ITF, Malaysia juga dijangka akan menurunkan tiga lagi pemain muda. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.