Tragedi Lebuh Raya Lim Chong Eu, tiga ‘mat motor’ terbunuh

Spread the love

GEORGE TOWN, 17 Julai : Sekurang-kurangnya tiga lelaki dilaporkan terbunuh dalam kemalangan jalan raya membabitkan sekumpulan penunggang motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, tiga penunggang lain didakwa mengalami kecederaan parah.

Menurut saksi, kejadian berlaku selepas sebuah motosikal yang ditunggang dengan laju terbabas dan merempuh sekumpulan penunggang lain yang berada di tepi lebuh raya

Beberapa rakaman video yang didakwa insiden itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal membantu beberapa mangsa yang bergelimpangan dan bertindih dengan motosikal.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.

Berita lanjut menyusul. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.