Perkukuhkan kerjasama perkhidmatan awam dan Kerajaan Sarawak

Spread the love

KUCHING, 17 Julai : Kerajaan Sarawak memerlukan barisan perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi untuk memacu pembangunan negeri.

Sehubungan itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap agar perkhidmatan awam di sini akan terus berganding bahu dengan kerajaan untuk mencapai hasrat berkenaan.

Menurut beliau, perkhidmatan awam juga perlu memiliki agenda tersendiri dalam ekonomi pada era baharu.

“Kita mahukan perkhidmatan awam yang kuat, inovatif dan kreatif dan seterusnya bekerjasama untuk menjayakan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Makan Malam Perpisahan Bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion malam tadi.

Mengenai Jaul, Abang Johari berkata, beliau telah memberikan sumbangan besar dalam pembangunan Sarawak sepanjang perkhidmatannya.

“Datuk Amar Jaul telah bersama-sama terlibat dalam menyediakan infrastruktur asas di Sarawak sebelum ini.

“Antaranya menjayakan projek industri di Sejingkat, Samajaya, Kemena, Tanjung Manis Dan Kidurong,”katanya.

Jaul berkhidmat dalam perkhidmatan awam Sarawak selama lebih 42 tahun dan dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan negeri pada 22 Ogos 2019.

Beliau telah dikurniakan Anugerah Tokoh Perkhidmatan Awam Sarawak (PANS) sempena persaraannya dan merupakan penerima tunggal anugerah itu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.