Kes COVID-19 di Malaysia melepasi 5 ribu , Sarawak catat 74 kes

Spread the love

KUCHING, 17 Julai : Kes baharu COVID-19 di Malaysia telah mencecah 5,000 jangkitan buat hari kedua berturut-turut sejak 15 Julai.

Menurut COVIDNOW, sebanyak 5,230 kes baharu dilaporkan pada 15 Julai manakala 5,047 kes dicatatkan semalam.

Bilangan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia setakat semalam sebanyak 4,619,045 kes.

Kali terakhir angka kes lima ribu dilaporkan ialah pada 23 April 2022 iaitu sebanyak 5,624 kes.

Seementara itu, laman sama memaklumkan Sarawak mencatatkan 74 kes baharu dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Bagi mengetahui maklumat terperinci tentang status terkini COVID-19, sila layari laman COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.