Hampir 10 ribu penduduk dipindahkan akibat kebakaran di Perancis

Spread the love

KUCHING, 17 Julai : Kebakaran besar yang masih belum dapat dipadamkan di dua kawasan di barat daya Perancis menyebabkan jumlah penduduk dipindahkan terus meningkat, kata pihak berkuasa.

Menurut Reuters, lebih 1,000 anggota bomba serta sembilan pesawat pengebom air telah dikerah untuk memadamkan ‘api besar yang marak’ berpunca cuaca panas sejak Selasa lepas.

Kebakaran setakat ini telah memusnahkan kawasan hutan seluas 7,300 hektar.

Kawasan baharu seluas 2,000 hektar turut terbakar semalam.

Agensi berita itu turut melaporkan satu lagi kebakaran hutan berlaku berhampiran tenggara Tarascon, pada Khamis.

Sebelum ini kebakaran yang berlaku di Landiras, selatan Bordeaux menyaksikan kawasan seluas 4,200 hektar musnah.

Pihak berkuasa tempatan bertindak ‘menutup’ jalan raya serta memindahkan seramai 480 penduduk.

Setakat ini, tiga rumah dan dua restoran di kawasan itu musnah.

Kira-kira 6,000 orang telah dipindahkan dari tapak perkhemahan sekitar pada Rabu dan 4,000 orang lagi pada Khamis. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.