Lelaki maut motosikal terbabas di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce

Spread the love

SIBU, 16 Julai : Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10.34 pagi itu, mangsa yang berusia 28 tahun itu sedang menunggang motosikal dari arah lampu isyarat Salim ke Hospital Sibu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini pagi tadi. Foto, Polis IPD IPD Sibu

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari Hospital Sibu,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, siasatan lanjut ditempat kejadian mendapati tiada sebarang kesan kemalangan itu turut melibatkan kenderaan lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.