Lelaki bakar kereta dituduh di mahkamah

Spread the love

SIBU, 16 Julai : Seorang lelaki berusia 35 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sibu semalam atas pertuduhan khianat dengan membakar sebuah kereta di Jalan Tukang Besi di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, suspek sebelum itu ditahan oleh anggotanya susulan laporan polis yang dibuat pemilik kereta pada 3 Julai lalu.

“Mangsa membuat laporan setelah mendapati keretanya yang diletakkan di kawasan parkir di belakang sebuah hotel dibakar pada pukul 8 malam, hari kejadian,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, suspek yang merupakan rakyat tempatan itu diberkas pada 8 Julai lalu.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

“Polis turut merampas beberapa barang kes,” katanya.

Berhubung pertuduhan di mahkamah semalam, Zulkipli memberitahu, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukaman penjara tidak melebihi 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.