Program kebudayaan pentas eratkan pelbagai kaum di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 15 Julai : Program kebudayaan yang dianjurkan di Sarawak bertujuan untuk melestarikan warisan sesebuah bangsa di negeri ini.

Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk berkongsi adat unik berkenaan dengan kaum lain.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datuk Abdul Wahab Aziz berkata, mengambil kira kepelbagaian kaum yang wujud di Sarawak, penting bagi setiap individu untuk mengetahui dan memahami aspek berkenaan.

“Sekiranya kita kurang mengetahui tentang budaya suatu bangsa, mudah untuk timbul isu salah faham,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pada sidang media pementasanTeater Tari Kembara Datu Marapati Raja Negeri Santubong.

Tambahnya, seni dan budaya sesebuah masyarakat perlu terus dipamerkan sebagai pendedahan terutamanya kepada generasi muda.

“Pemerkasaan budaya dalam kalangan anak muda kini semakin kurang.

“Jadi kita ingin menonjolkan budaya kita supaya mereka kita tahu latar belakang membabitkan aspek sejarah terutamanya budaya Melayu Sarawak,”katanya.

Oleh itu, bagi melestarikan warisan dan tradisi masyarakat Melayu di Sarawak, pementasan teater berkenaan merupakan antara usaha yang dirintis.

Mengenai teater itu, Abdul Wahab berkata, persembahannya kelak akan memaparkan beberapa elemen kebudayaan Melayu Sarawak termasuk tradisi Melayu Islam Beraja, seni tarian dan seni silat.

Teater Tari Kembara Datu Marapati Raja Negeri Sarawak mengisahkan pengembaraan Datu Marapati iaitu Raja Negeri Santubong dalam menjadikan Santubong sebagai sebuah kerajaan pada masa dahulu.

Teater itu akan ditayangkan pada 22 Julai 2022 bersempena Hari Sarawak – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.