‘Food Street’ Sibu sempena BCF bermula petang ini

Spread the love

SIBU, 15 Julai : Orang ramai yang ingin menikmati makanan enak berasal dari bandar ini dan Sarawak boleh mengunjungi festival makanan jalanan sempena Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) yang bermula petang ini.

Sebanyak 60 gerai makanan yang mewakili pelbagai etnik akan dibuka sekaligus mempamerkan kekayaan hidangan negeri ini.

Timbalan Pengerusi, Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Bujang Abdul Majid berkata, kesemua gerai berkenaan akan beroperasi di Dataran Tuanku Bujang sehingga 23 Julai depan.

“Gerai makanan yang dibuka merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian Melayu dan Melanau, Dayak dan Cina.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 18 gerai akan menyediakan juadah Melayu dan Melanau manakala bahagian Dayak dan Cina masing-masing mempunyai 20 buah gerai,”katanya pada sidang media semalam.

Menurut Bujang, sambutan menggalakkan terhadap food street dan Tradex yang telah bermula pada 8 Julai di Astaka Cina telah meyakinkan pihaknya untuk melanjutkan BCF selama lima hari.

Bagi memastikan kelancaran acara itu katanya, Jalan Bujang Suntong akan ditutup bermula pukul 6 petang hingga 11 malam mulai sehingga 23 Julai.

Pertunjukan bunga api juga akan diadakan bersempena dengan sambutan Hari Sarawak 2022 di Fasa 2, Dataran Tun Tuanku Haji Bujang.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.