Balai bomba tertinggi di dunia bakal dibina di Gunung Kinabalu

Spread the love

KOTA KINABALU,15 Julai : Sebuah balai bomba bakal dibina di Gunung Kinabalu, sekaligus bakal menjadikannya sebagai balai yang terletak di lokasi paling tinggi di dunia.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, balai berkenaan akan menjadi Pusat Operasi Pasukan Mencari dan Penyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR).

Katanya, ianya akan dibina pada ketinggian lebih 3,382 meter di Lagadan Hut yang merupakan kawasan tapak warisan dunia dan perlu dipelihara demi kebaikan generasi masa akan datang.

“Sebelum pembinaan dimulakan, kita perlu mematuhi beberapa peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan KB 19 siri 1/2022 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di sini hari ini.

MOSAR merupakan pasukan khas yang ditubuhkan pada 2015 terdiri daripada anggota bomba yang mempunyai kepakaran yang khusus dan kompeten bagi melaksanakan tugas penyelamatan di gunung.

Untuk rekod bermula Januari hingga Jun 2022, sebanyak 26 kes penyelamatan telah dilaksanakan oleh pasukan MOSAR. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.