Sarawak berkeupayaan simpan sumber karbon, sumber pendapatan baharu

Spread the love

KUCHING, 13 Julai: Sarawak berkeupayaan untuk menyimpan sumber karbon dalam dunia kerana kedudukan strategiknya yang terletak di tengah-tengah Lingkaran Api Pasifik di Indonesia dan Filipina, menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, penyimpanan sumber karbon di Sarawak adalah lebih selamat kerana daerah yang terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik sering mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi.

“Apabila hidrogen ini dapat dikeluarkan maka ia akan digunakan oleh semua industri dan ia adalah tenaga bersih. Maka sebab itu kita mempunyai dasar untuk mengeluarkan tenaga bersih bagi kegunaan industri dan juga dunia.

“Mereka yang terkesan oleh karbon ini boleh menyimpan karbon di kawasan kita, kerana kawasan kita di antara kawasan yang boleh menyimpan sumber karbon dalam dunia,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam dan Rangkaian Perniagaan Delegasi Singapura di sini.

Beliau menambah, pengeluaran hidrogen itu kelak dapat digunakan untuk mana-mana industri perniagaan, termasuklah industri pengangkutan.

“Di Sarawak, kita mesti mepertahankan kehijauan alam sekitar untuk menangkap karbon yang dikeluar dan disimpan dalam tanah.

“Sebab itu, kita pinda tanah kita supaya ada Rang Undang-Undang dan juga undang-undang yang membolehkan kita menyimpan karbon dalam kawasan tanah,’’ ujarnya. – TVS

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.