Pemandu 4WD maut langgar belakang treler

Spread the love

BINTULU, 13 Julai: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya melanggar sebuah treler yang membawa muatan bongkah konkrit di tepi jalan berhampiran sebuah kilang di Kemena di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan, Batholomew Umpit berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Landcruiser yang dipandu mangsa dan dipercayai bergerak dari arah Kemena menuju ke pasar Bintulu telah merempuh bahagian belakang treler yang diparkir di tepi jalan.
 
“Pemandu pacuan empat roda berkenaan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, polis sedang berusaha mengesa pemandu treler yang dipercayai telah menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Orang ramai atau saksi kejadian juga diminta untuk tampil memberi maklumat dan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Jeffery Jembol di talian 086-338575.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.