Malaysia ke final Piala AFF B19, tewaskan Vietnam 3-0

Spread the love

JAKARTA, 13 Julai : Skuad bola sepak muda negara mencipta sensasi apabila menewaskan Vietnam 3-0 untuk menempah slot final berjaya Kejohanan AFF Bawah 19 2022.

Beraksi di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia petang tadi, Malaysia membuka jaringan pada minit ke-26, menerusi Adam Farhan Faizal.

Tersentak dengan aksi Harimau Muda, Vietnam mula bangkit melakukan serangan namun keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Strategik permainan bertahan yang ditampilkan skuad kendalian Hassan Sazali Mohd Waras itu berhasil mengekang Vietnam untuk menembusi pertahanan Malaysia.

Separuh masa kedua perlawanan, Vietnam terus mencabar untuk menyamakan kedudukan.

Memanfaatkan serangan balas, Malaysia berhasil menambah jaringan selepas Haiqal Hairi menyempurnakan hantaran bola Haqimi Azim pada minit ke-70.

Semangat pasukan negara tidak terhenti apabila Hayqal Danish Haizon menjadikannya 3-0 pada minit ke-88 sekaligus memastikan Malaysia melangkah ke babak akhir.

Ditemui selepas perlawanan, Hassan Sazali Mohd Waras mengakui berpuas hati dengan aksi barisan pemain yang mengikuti arahan yang diberikan.

“Saya rasa gembira kerana mereka (permain) mengikut taktikal yang dirancang untuk memerangkap Vietnam.

“Kami bersedia untuk final esok dan akan berusaha sehabis baik untuk membawa pulang piala,” katanya.

Malaysia dijadualkan kembali bermain di babak akhir pada Jumat ini dan akan menunggu hasil pertemuan membabitkan Laos dan Thailand yang bertemu pada aksi separuh akhir malam ini. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.