Lelaki hilang ketika menjala di Sungai Padas ditemui meninggal dunia

Spread the love

TENOM, 13 Julai: Lelaki berusia 25 tahun yang dilapor hilang ketika menjala ikan di Sungai Padas Panawan Kuala Tomani sejak Sabtu lepas, ditemui meninggal dunia.

Mangsa Alphonius @ Ebon Ambabai ditemui kira-kira enam kilometer dari lokasi mangsa dilapor hilang.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata, mangsa berjaya dijumpai pada pukul 1.30 tengah hari (Rabu) oleh penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seterusnya diserahkan kepada PDRM untuk siasatan selanjutnya.

Terdahulu, gerakan operasi SAR mangsa memasuki hari kelima itu dijalankan dengan kaedah Surface Rescue di tebing sungai dan menggunakan bot penyelamat radius pencarian dua kilometer di kawasan seberang sungai. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.