Sarawak perlu guna kaedah pelupusan sampah WTE yang lebih sistematik – Dr Hazland

Spread the love

KUCHING, 12 Julai : Sarawak perlu menggunakan kaedah pembakaran sampah Waste-to-Energy (WTE) kerana ia menjamin pengurusan sisa buangan yang lebih mampan.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr. Hazland Abang Hipni berkata, kaedah berkenaan juga dapat memastikan kesejahteraan masyarakat di negeri ini.

Katanya, masalah pelupusan sampah merupakan isu yang tidak asing lagi di negara ini yang berpunca daripada peningkatan jumlah sisa buangan setiap hari.

“Ramai beranggapan bahawa sisa buangan pepejal perlu dibuang terus ke tapak pelupusan kerana beranggapan ia tidak bernilai.

“Namun sebenarnya sisa ini boleh diproses menjadi sumber tenaga dan bahan berguna kepada negara dan seterusnya melestarikan alam sekitar melalui kaedah WTE,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Dr. Hazland melawat Kampung Bedup di Serian bagi membuat tinjauan sistem pengangkutan dan pelupusan sampah di kawasan itu.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus dan wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Daerah Serian. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.