Pengganti Boris Johnson bakal diumum 5 September

Spread the love

KUCHING, 12 Julai : Perdana Menteri Britain yang baharu bakal diumumkan pada 5 September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Parti Konservatif 1922, Graham Brady berkata, pihaknya yang mengadakan pemilihan memutuskan bahawa calon perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 20 Ahli Parlimen ketika pencalonan dibuka semalam, lapor Reuters.

Difahamkan ketika ini terdapat 11 calon sedang ‘bersaing’ untuk menggantikan Boris Johnson yang meletak jawatan baru – baru ini.

Johnson ‘melepaskan’ jawatan selepas terpalit pelbagai skandal selain ‘hilang’ sokongan daripada barisan kabinetnya.

Sementara itu pemilihan Perdana Menteri Britian juga akan menyingkirkan calon awal yang menerima kurang daripada 30 undi sebelum undian seterusnya pada Khamis.

Perkembangan pemilihan jawatan nombor satu di Downing Street itu menyaksikan hampir kesemua ‘calon -calon bertanding’ menjanjikan pemotongan cukai untuk memenangi sokongan ‘rakan sekerja’.

Memetik laporan CNN, antara calon-calon yang bakal bertanding ialah seorang pelarian Kurdish Iraq, anak pendatang India serta Pakistan dan beberapa wanita.

Ini dilihat mencerminkan usaha Parti Konservatif untuk meletakkan calon pelbagai etnik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya sangat berminat untuk menyelesaikan perkara ini dengan lancar dan secepat mungkin,” kata Brady. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.