Pelan pembangunan Sibu sedang diteliti – Premier Sarawak

Spread the love

SIBU, 12 Julai : Pendekatan baharu yang akan dilaksanakan untuk membangunkan bahagian ini sedang diteliti oleh kerajaan negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pada tahun ini dua taklimat telah diadakan bagi membincangkan pelan pembangunan semula Sibu iaitu pada Januari dan awal bulan ini.

Ujar beliau, berdasarkan dua pertemuan itu, kajian yang lebih mendalam diperlukan untuk memastikan projek yang bakal dilaksanakan sesuai di Sibu.

“Sarawak sedang dibangunkan mengikut cara baharu, mungkin tuan – tuan telah dengar yang saya hendak membina semula Sibu.

“Namun ada masalah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuklah banjir,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Masjid Al Qadim di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pengajian Tinggi dan Inovasi), Dr. Annuar Rapaee dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunisi, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Sehubungan itu jelas Abang Johari, Kerajaan Sarawak merancang untuk membina terusan bagi mengatasi masalah banjir.

Katanya, terdapat beberapa cadangan telah ditampilkan namun dilihat kurang menyeluruh.

“Ia akan memakan masa namun kita akan tetap membangunkan semula Sibu termasuklah di Kampung Dato dan kawasan-kawasan lain,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.