Boling Dunia : Beregu wanita Malaysia raih gangsa

Spread the love

KUCHING, 12 Julai : Pasangan beregu wanita negara, Sin Lin Jane dan Natasha Roslan berjaya meraih pingat gangsa dalam acara beregu pada Sukan Dunia 2022 di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.

Kejayaan itu hadir selepas mereka menewaskan wakil Colombia, Juliana Franco dan Clara Guerrero dengan keputusan 2-0 pada aksi di Birmingham Jefferson Convention Complex.

Lin Jane yang tewas kepada Clara dalam acara perseorangan sebelum ini dilihat lebih bersedia berdepan pemain profesional itu apabila membentuk gandingan mantap bersama Natasha yang juga bekas juara dunia acara berpasukan.

Pada perlawanan pertama, wakil Malaysia menang mudah menerusi catatan 235 – 204.

Mereka kemudiannya kekal tenang walaupun diberi saingan pada perlawanan kedua.

Pingat gangsa sah menjadi milik Malaysia apabila Colombia menjatuhkan 237 pin berbanding 248 yang dilakukan pasangan negara.

Emas acara itu menjadi milik Denmark manakala Amerika Syarikat terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 1-2 .-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.