Pilihan Raya Jepun : LDP menang kesemua 14 kerusi kawasan dilawati Abe

Spread the love

TOKYO, 11 Julai : Firma penyelidikan FNN berkata, Shinzo Abe yang mati ditembak tiga hari lepas memberikan sumbangan besar kepada Parti Liberal Demokratik (LDP) yang mencatatkan peningkatan prestasi pada Pilihan Raya Jepun semalam.

FNN berkata, ketika kempen pilihan raya, bekas Perdana Menteri itu telah melawat beberapa kawasan dan menyampaikan ucapan ketika berkempen.

“Abe melawat 14 kawasan dan LPD menang di kesemua kawasan itu.

“Pegawainya berkata kemenangan itu hasil bantuan Abe,” kata FNN.

Pilihan Raya Jepun berlangsung dalam suasana ‘tidak dijangka’ apabila Abe yang ketika itu sedang berkempen di Nara, yang terletak kira-kira 400 kilometer (km) dari ibu negara ditembak seorang lelaki.

Abe meninggal dunia kira – kira enam jam kemudian ketika dirawat di sebuah hospital berhampiran.

Seperti kebiasaan, sebanyak 125 kerusi dipertandingkan pada pilihan raya kali ini.

Gabungan LDP yang dipimpin Perdana Menteri, Fumio Kishida dan parti gabungan memenangi 76 kerusi berbanding hanya 69 sebelum ini.

LDP sendiri menyapu63 kerusi, me ningkat berbanding 55 sebelum ini, sekali gus memperoleh majoriti kerusi, namun belum cukup untuk mendapat majoriti keseluruhan.

Sementara itu keputusan juga menyaksikan seramai 35 calon wanita menang pilihan raya sekaligus menjadi jumlah tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara berkenaan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun pula, peratusan keluar mengundi ialah sebanyak 52.05 peratus iaitu 3.25 lebih tinggi berbanding pilihan raya tiga tahun lepas. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.