Jemaah terkandas, agen pelancongan terlibat boleh digantung lesen – Nancy

Spread the love

SIMUNJAN, 11 Julai : Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan membatalkan lesen agensi pelancongan haji dan umrah yang terlibat dengan insiden jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, keputusan akan diputuskan selepas siasatan kes berkenaan selesai.

Ketika ini katanya, beliau sedang menunggu laporan lengkap kejadian itu sebelum sebarang tindakan dilakukan.

“Kalau mereka didapati melanggar peraturan, kementerian akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ibadah korban di Kampung Sibau Rumbau di sini hari ini. 

Nancy berkata demikian sebagai mengulas insiden kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA pada Khamis lepas ekoran ditipu sebuah agensi pelancongan yang dipercayai menggunakan visa furada dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji.

Sementara itu Nancy berkata, walaupun kementeriannya tidak mempunyai kuasa menguruskan program haji namum pemberian lesen kepada agensi pelancongan terlibat adalah di bawah MOTAC.

Jelasnya, MOTAC turut melakukan siasatan sewajarnya ke atas syarikat terlibat kerana ia didapati menjalankan peniagaan mengikut cara yang memudaratkan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.