Empat sekeluarga maut kemalangan di Saratok

Spread the love

SARATOK, 11 Julai : Empat orang yang dipercayai ahli keluarga maut selepas kereta jenis Honda City yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Saratok – Sarikei di sini, hari ini.

Kemalangan pada pukul 6.50 pagi itu mengakibatkan pemandu kereta berusia 30 tahun, seorang wanita berusia 28 tahun dan kanak-kanak lelaki (empat tahun) dan seorang bayi lelaki berusia setahun tersepit di dalam kereta itu.

Kesemua mereka disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Shukur Jamaludin berkata, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuching ke Miri sebelum terbabit kemalangan.

Katanya, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.53 pagi.

“Setibanya di lokasi, semua mangsa masih tersepit di dalam kenderaan itu dan berjaya dikeluarkan dengan peralatan khas.

“Bagaimanapun sebaik saja berjaya dikeluarkan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Mohamad Shukur berkata, pemandu lori itu bagaimanapun dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kita juga membersihkan serpihan kaca yang bertaburan di atas  jalan dan tumpahan minyak kesan daripada kemalangan.

“Operasi berakhir pada pukul 9.31 pagi,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.