COVID-19 : Tiga maut, 326 kes baharu di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 11 Julai : Tiga maut akibat COVID-19 di Sarawak bagi tempoh 3 hingga 9 Julai lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak memaklumkan, dua mangsa meninggal dunia di Sibu manakala seorang di Miri. 

Selain itu, sebanyak 326 kes baharu dilaporkan pada minggu yang sama, menjadikan jumlah kumulatif 308, 332 kes sejak dilanda pandemik.

“Daripada jumlah kes baharu yang disahkan, lapan kes berada pada kategori klinikal 3, 4 dan 5,” jelas JBPN Sarawak menerusi kenyataan media hari ini.

Kuching merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 137 kes, diikuti Miri (60), Sibu (43), Bintulu (21) dan Samarahan dengan 14 kes.

Sebanyak 16 daerah antaranya Mukah, Lawas dan Matu tidak mencatatkan sebarang kes. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.