Abang Johari sertai ibadah korban di Masjid Al – Qadim

Spread the love

SIBU, 11 Julai : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Qadim di sini hari ini.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS).

Abang Johari turut mengambil bahagian dengan melapah daging lembu di kawasan perkarangan masjid.

Sebagai simbolik, beliau menyerahkan daging korban kepada 20 keluarga asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong dan Nangka yang hadir.

Secara keseluruhan, seramai 50 keluarga asnaf menerima agihan daging korban.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr. Annuar Rapaee dan ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek

Malam ini Abang Johari dijadual merasmikan Masjid Al-Qadim yang merupakan masjid tertua di Sarawak.

Masjid tersebut dibina pada 1861 dan berusia sekitar 161 tahun. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.