Remaja lelaki lemas di air terjun sedalam 6.7 meter

Spread the love

BINTULU, 9 Julai : Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di kawasan air terjun sedalam 6.7 meter berhampiran Rumah Chundi, Jalan Samarakan, kira-kira 45 kilometer (km) dari bandar ini petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Sarawak, Penguasa Kanan Bomba I ,Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 3.12 petang tadi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota bomba termasuk tiga anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa, Mohammad Iqram Farmizi Zainal,17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 6.16 petang selepas selaman pertama dilakukan oleh anggota bomba,”katanya ketika dihubungi TVS sebentar tadi.

Ujar beliau, mangsa didapati telah meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.