100 asnaf terima sumbangan daging korban

Spread the love

KUCHING, 10 JULAI : Seramai 100 orang asnaf daripada Gabungan Saudara Kita di sekitar bandar raya ini telah menerima sumbangan daging korban di Dewan Hikmah Petra Jaya, di sini hari ini.

Sumbangan berkenaan diberikan menerusi Majlis Korban Perdana anjuran Majlis Islam Sarawak yang telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’Ani Tun Tuanku Bujang.

Majlis simbolik penyerahan daging korban itu diberikan kepada 30 orang penerima, iaitu masing – masing 15 lelaki dan wanita.

Sebelum itu, Abang Johari turut berkesempatan menyaksikan penyembelihan lembu korban di perkarangan dewan tersebut.

Beliau turut disertai Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi dan timbalannya, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.