Pusat hiburan di Tabuan Jaya diserbu, enam lelaki positif dadah

Spread the love

KUCHING, 9 Julai : Enam lelaki yang ditahan polis dalam operasi pencegahan jenayah di daerah ini didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, operasi yang bermula pada pukul 9 malam tadi dan berakhir kira -kira lima jam kemudian telah memeriksa seramai 72 individu.

Katanya, antara lokasi yang diserbu polis termasuklah beberapa pusat hiburan dan hotel bajet selain pemeriksaan di tempat tumpuan orang awam.

“Di sebuah pusat hiburan di Tabuan Jaya, operasi yang dilakukan di situ berjaya menahan seramai 42 individu yang terdiri daripada 21 lelaki dan 21 wanita,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Berkenaan individu yang positif dadah, Ahsmon memberitahu, kesemua mereka dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis ketamin berdasarkan ujian saringan air kencing yang dilakukan.

“Salah seorang turut mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan narkotik,” katanya.

Beliau memberitahu, kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.