Kedai perabot musnah dalam kebakaran

Spread the love

SANDAKAN, 9 Julai : Sebuah kedai perabot di Batu 3, Jalan Utara di sini musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.23 pagi.

Katanya, seramai 13 pegawai dan anggota bersama empat kenderaan utiliti telah dikejarkan ke lokasi kejadian selain turut dibantu oleh polis.

Ini kerana kebakaran berkenaan menyebabkan berlaku kesesakan berikutan lokasi kedai perabot itu yang terletak di tepi jalan utama.

“Laporan awal kebakaran melibatkan sebuah kedai perabot jenis separuh kekal berkeluasan 20,000 kaki persegi yang terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman menggunakan kaedah dua aliran 300 kaki empat pancutan dengan sumber air daripada jentera dan pili bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, operasi terkawal pada pukul 7 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 8.56 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran akan disiasat. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.