Enam pelajar perempuan ditahan bantu siasatan kes buli

Spread the love

KOTA KINABALU, 9 Julai : Polis menahan enam pelajar perempuan berumur lingkungan 13 hingga 16 tahun untuk membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan dipukul beramai – ramai.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Zaidi Abdullah berkata, siasatan dijalankan berikutan kes itu viral di media sosial sejak semalam.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada 7 Julai lepas di sebuah sekolah di Inanam.

“Kesemua pelajar itu termasuk seorang bekas pelajar yang berusia 17 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan berhenti menyebarkan video berkenaan.

“Polis memandang berat kes ini dan tidak berkompromi dengan dengan sebarang bentuk perbuatan membuli atau kekerasan yang melibatkan pelajar sekolah,”katanya.

Ujar beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Menerusi video berdurasi 21 saat yang tular itu, seorang pelajar perempuan berpakaian sukan berwarna biru dilihat dipukul sekumpulan pelajar yang dipercayai dari sekolah sama. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.