Shinzo Abe meninggal dunia selepas enam jam kritikal

Spread the love

TOKYO , 8 Julai : Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang kritikal selepas ditembak pagi tadi dilaporkan meninggal dunia.

MBS News melaporkan Abe,67, meninggal dunia pada pukul 5.03 petang di Nara Medical University Hospital.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan, Abe yang ketika itu sedang berucap pada kempen pilihan raya ditembak seorang lelaki dikenali Tetsuya Yamagami.

Baca > > > Shinzo Abe kritikal, Perdana Menteri Jepun kecam tembakan

Baca > > > Bekas Perdana Menteri Jepun ditembak

Penyerang berjaya ditahan pihak berkuasa.

Lokasi kejadian terletak kira – kira 400 kilometer (km) dari ibu negara Jepun.

Abe kali pertama dipilih sebagai Perdana Menteri Jepun pada 2006 merupakan pemimpin paling lama mengetuai pentadbiran negara berkenaan dalam sejarah politik Negara Matahari Terbit itu. –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.