Shinzo Abe kritikal, Perdana Menteri Jepun kecam tembakan

Spread the love

Oleh Hazuki Iijima

TOKYO, 8 Julai : Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Nara Medical University Hospital selepas ditembak pagi tadi.

Berita mengejutkan itu kini menjadi ‘cerita utama’ di Jepun dengan pelbagai pihak tampil mengecam ‘serangan’ berkenaan.

Baca > > > Bekas Perdana Menteri Jepun ditembak

Antaranya termasuklah Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang menyifatkannya sebagai perbuatan yang sangat biadap, berlaku ketika kempen pilihan raya.

“Seharusnya ianya menjadi asas demokrasi.

“Saya tidak akan memaafkannya (penyerang) dan mengutuk keras perbuatan itu,”katanya sebagai reaksi kepada kejadian yang menggemparkan Negara Matahari Terbit itu.

Abe,67, Perdana Menteri paling lama dalam sejarah moden Jepun ditembak oleh seorang lelaki kira -kira pukul 11.30 pagi tadi ketika sedang berucap.

Sementara itu, hampir kesemua stesen televisyen di Jepun menyiarkan laporan langsung kejadian berkenaan dan masih berterusan.

Banyak program telah digantikan dengan berita terkini malah ada stesen yang mula menyiarkan rancangan khas mengenai Abe.

Lokasi kejadian terletak kira – kira 400 kilometer (km) dari Tokyo. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.