Program Simulasi Haji Cilik 2022 kembali, beri pendedahan tentang ibadah haji

Spread the love

KUCHING, 8 Julai : Setelah dua tahun menyepi akibat kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Program Simulasi Haji Cilik kini kembali.

Program anjuran Sekolah Rendah Tahfiz Hikmah itu yang telah diadakan pada pagi Jumaat telah berjaya mengumpulkan sebanyak 210 peserta yang terdiri dari murid-murid sekolah rendah.

Menurut ketua pelaksana program, Mohammad Asrul, program ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan dan menekankan tentang amali dan teori ibadah haji kepada murid tahun 1 hingga 4.

“Jadi program ini diadakan supaya kita dapat menekankan tentang amali dan teori untuk kanak kanak ataupun murid-murid tahun 1 hingga 4, supaya mereka faham tentang haji.

“Bukan setakat faham tetapi mereka boleh menunaikan haji.

“Dalam hal ini kita tekankan hal rukun – rukun dalam haji, jadi mereka tahu bagaimana proses – proses dan apa yang perlu dibuat pada setiap rukun itu tadi.” Katanya ketika ditemui TVS pada program tersebut.

Mohammad Asrul berkata ini adalah kali pertama Tahfiz Hikmah menganjurkan program tersebut secara besar besaran sejak pandemik melanda.

“Harapan di masa hadapan adalah bila pelajar atau murid-murid ini dah faham tentang haji, amali dan praktik dan sebagainya, jadi mereka akan lebih rasa bersemangat untuk menunaikan haji dan disamping itu mungkin selepas ini mereka sendiri yang akan berusaha untuk pergi ke haji dan mungkin boleh bawa orang lain terutamanya keluarga sendiri.” –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.