Bekas Perdana Menteri Jepun ditembak

Spread the love

TOKYO, 8 Julai : Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ditembak ketika sedang memberikan ucapan di Nara, kira – kira pukul 11.30 pagi waktu tempatan.

Media tempatan yang membuat liputan pada majlis itu melaporkan Abe terjatuh dan mengalami pendarahan sejurus terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki.

Polis kini sedang menyiasat identiti lelaki yang disyaki sebagai penyerang.

Difahamkan suspek yang dikenali sebagai Tetsuya Yamagami yang tinggal di bandar berkenaan telah ditahan dan soal siasat sedang dilakukan di Balai Polis Nara Nishi.

Berita lanjut menyusul. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.