Bangkai penyu ditemui di Sungai Baong

Spread the love

MIRI, 8 Julai : Bangkai seekor penyu dewasa berwarna hijau ditemui di bawah sebuah rumah di tepi Sungai Baong di sini.

Duta Alam Sekitar Hijau Majlis Bandaraya Miri (MBM) Iqbal Abdollah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kematian penyu itu berpunca akibat dilanggar bot yang melalui kawasan berkenaan.

Menurut Iqbal, penyu yang berukuran 88 centimeter (cm) panjang cengkerang itu mempunyai kesan kecederaan di bahagian cengkerang dan kepala.

“Kemungkinan kecederaan yang dialami akibat terkena kipas bot sehingga menyebabkan cengkerangnya retak,”katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Iqbal yang juga merupakan pengasas Future Ocean Borneo dan Green Environment Ambassador untuk Bandar Miri berkata, penyu tersebut merupakan spesies penyu agar yang biasa ditemui di Laut China Selatan.

Tambahnya, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tujuan bedah siasat. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.