Remaja perlu didedahkan dengan ilmu politik

Spread the love

BINTULU, 7 Julai : Didik belia agar peka terhadap perkembangan politik.

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Johny Pang yang turut berpendapat golongan remaja masa kini lebih sensitif dan dekat dengan isu-isu sosial.

Katanya, peranan remaja dalam landskap politik juga tidak boleh diabaikan terutama ke arah pembentukan sesebuah kerajaan lebih-lebih lagi setelah UNDI18 dilaksanakan.

“Remaja perlu didedahkan dengan ilmu politik sebelum mengakhiri zaman persekolahan.

“Ini boleh dilakukan dengan menggalakkan sekolah untuk menganjurkan acara debat berkaitan politik untuk memberi peluang kepada pelajar mengupas isu semasa,”katanya kepada TVS.

Jelasnya lagi tidak wajar sesi pembelajaran di sekolah tidak melibatkan sebarang topik politik kerana itu akan membentuk golongan pengundi kepada ilmu asas politik negara mahupun negeri. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.