Penggunaan vape dalam kalangan wanita muda meningkat

Spread the love

GEORGE TOWN, 7 Julai : Penggunaan vape dalam kalangan remaja perempuan dan wanita muda berusia 14 hingga 22 tahun di negara ini didapati meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Pegawai Pendidikan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, NV. Subbarow berkata, perkembangan itu menunjukkan pengguna vape dalam kalangan remaja perempuan terutamanya pelajar sudah menjadi satu krisis.

“Mereka sedar ia mengandungi bahan kimia.

“Mereka mendakwa mudah untuk membeli dan berkongsi wang untuk membelinya selain ada dijual secara ansuran dan di kawasan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat kira-kira 16,000 perisa e-rokok yang mengandungi bahan kimia dijual pasaran.

Subbarow menambah, pihaknya menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) mengharamkan segera penggunaan e-rokok bagi membentuk generasi muda yang sihat.

“Kita mungkin kehilangan lebih ramai generasi muda pada masa hadapan dan mempunyai lebih ramai belia yang sakit akibat penggunaan e-rokok.

“CAP menggesa KKM dan pihak berkuasa tempatan supaya tidak mengeluarkan lesen baharu untuk membuka kedai vape,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.