Lapan rumah jadi ‘port’ judi online dipotong bekalan elektrik

Spread the love

KUCHING, 7 Julai : Lapan buah rumah di bandar raya ini yang dijadikan pusat judi dalam talian dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, selain itu tiga premis turut dikenakan sama menerusi operasi yang dilancarkan bermula pukul 9.35 pagi hingga 2 petang semalam.

Katanya, operasi bersama Syarikat SESCO Berhad (SESCO) itu diketuai seorang pegawai dan empat anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

“Tindakan pemotongan bekalan elektrik dijalankan mengikut Seksyen 21 A , Akta Rumah Judi Terbuka 1953,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu sepanjang tahun ini, sebanyak 40 serbuan telah dijalankan bagi menggempur kegiatan judi dengan enam buah premis perniagaan dan 36 buah rumah kediaman telah diambil tindakan yang sama.

“Bagi mengekang kegiatan ini, premis yang telah diputuskan bekalan elektrik tidak boleh disambung semula tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Polis Daerah,” katanya lagi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.